Karangan BM
Percubaan SPM 2015
Faedah-Faedah Berjimat Cermat
Mutakhir ini, masyarakat sering
tidak berjimat cermat dalam apa jua yang mereka belanja. Berjimat cermat
bermaksud berjimatlah dengan amalan menabung sikit-sikit. Harga barangannya
sangat memerlukan pembelanjaan tinggi terus meningkat. Menurut Dato Sri Najib
Tun Abdul Razak, kurangkan pembelanjaan yang lebh tinggi disebabkan oleh GST.
Apakah faedah-faedah berjimat cermat dalam kehidupan seharian?
Amalan makan dirumah dapat
mengurangkan pembelanjaan di luar. Dikalangan remaja, mereka jarang makan
dirumah kerana kesibukan aktiviti luar atau kerja. Hal ini disebabkan mereka
tidak mengamalkan amalan makan di rumah. Ibu bapa perlulah mengajak anak-anak
makan bersama-sama dirumah. Wajarlah mengajak anak-anak makan bersama-sama
dengan ibu bapa.
Selain
itu, amalan menanam sayur di sekeliling rumah adalah aktiviti di luar rumah.
Justeru, dapat memupuk sikap berdikari untuk mengurangkan pembelanjaan untuk
membeli sayur-sayuran di supermarket. Oleh itu, masyarakat perlu mengamalkan
amalan menanam sayur di tempat kediaman masing-masing. Ibu bapa tidak
mengamalkan amalan menanam sayur disebabkan kesibukan kerja. Wajarlah amalan
menanam sayur-sayuran untuk kegunaan memasak dirumah.
Di
samping itu, kita perlulah berjimat cermat dengan amalan menabung. Dengan menabung,
kita dapat menggunakan sekiranya ada kecemasan seperti tolong beli ubat, tolong
bayar yuran dan sebagainya. Kebanyakan mereka tidak mengamalkan amalan menabung
disebabkan berbelanja untuk membayar bil yang ada. Amalan menabung adalah untuk
menambah simpanan yang lebih. Bak kata perpatah, “sikit-sikit lama-lama jadi
bukit”.
Kesimpulannya,
semua kalangan masyarakat perlulah mengamalkan amalan berjimat cermat agar
dapat digunakan masa hadapan dan hidup aman sejahtera.